Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tidak Mahu Disimpati Kerana Kanser, Elyana Hanya Inginkan Doa Buat Dirinya

today8 January 2021

Background

Penyanyi dan pelakon Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap 4, menarik perhatian peminat untuk mengetahui perkembangan kesihatannya.

Perjalanannya melawan penyakit itu sudah lama iaitu hampir 10 tahun.

Baru-baru ini Elyana memberitahu, kanser limfoma yang dihidapinya kini sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha.

Pada 7 Januari 2021, satu sedutan untuk program Malaysia Hari Ini telah dikongsikan di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MALAYSIA HARI INI (@mhi_tv3)

Berdasarkan perkongsian tersebut, Elyana memberitahu bahawa beliau tidak akan menunjukkan dirinya dalam keadaan sakit sampai bila-bila.

Katanya, beliau tidak mahu orang ramai bersimpati dengannya kerana dirinya lebih suka menghiburkan semua.

Selain itu, Elyana menambah bahawa beliau hanya mahukan doa yang baik-baik buat dirinya.

Hebat sebenarnya Elyana kerana terus kuat dalam berjuang melawan kanser serta masih mampu memberikan senyuman buat para peminat.

Kami di Hot FM mendoakan semoga perjalanan Elyana melawan kanser ini dipermudahkan.

 

Sumber: Instagram Malaysia Hari Ini dan Elyana

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

BeFunky-collage – 2021-01-08T115015.816

Sosial

Aizat Amdan Dan Yuna Tampil Beri Sokongan Buat Gadis Dipersenda Netizen Di TikTok

Dua artis tempatan, Yuna dan Aizat Amdan pada semalam tampil memberikan sokongan mereka buat seorang gadis yang dikhabarkan diperli netizen di media sosial sebelum ini. Terdahulu, kisah mengenai gadis tersebut yang diperli netizen di platform perkongsian video TikTok menjadi antara topik perbualan hangat minggu ini. Menerusi beberapa perkongsian tangkap layar yang dikongsikan di Twitter, terdapat segelintir netizen yang dilihat memerli gadis berkenaan... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *