Lama juga tidak mendengar perkhabaran daripada penyanyi BBNU bersuara lunak, iaitu Aiman Tino.
Mengikuti perkembangan terbaharu, Aiman rupanya sibuk dengan projek baharu iaitu beliau bakal membuka sebuah kedai Char Kuey Teow di dalam pusat membeli belah, Aeon Mall Wangsa Maju!
View this post on Instagram
“Bismillah, my first kedai makan Char Kuey Teow is now open di Aeon Big Wangsa Maju. So korang semua yang nak rasa betapa sedapnya masakan Aiman boleh la datang pada bila-bila masa okay! Ajak family & kawan2 too. Jangan lupa saksikan Aiman di Facebook Aeon Retail Malaysia Sabtu ini. See you there!”
Hantaran yang di muat naik itu memberitahu bahawa ini merupakan kedai makan pertama beliau.

Memetik laporam dari Harian Metro, Aiman berkata dia tidak mahu hanya duduk diam dan menunggu rezeki datang bergolek.
Sebaliknya mahu mengorak langkah sebagai usahawan dan membuka empayar perniagaan makanan.
“Saya memilih perniagaan makanan kerana dalam keadaan sekarang, makanan tetap orang cari,” katanya.
“Jika ditanya mengenai risiko, tentunya timbul rasa gusar sebab saya pun tak lama lagi nak mulakan perniagaan. Namun, insya-Allah saya yakin bahawa perniagaan berkaitan makanan tidak akan terjejas teruk seperti perniagaan lain,” katanya.

Ditanya sama ada industri seni tidak mampu lagi menampung kelangsungan hidupnya, Aiman berkata, itu bukan tujuan utama kenapa dia memilih untuk mencuba nasib dalam bidang perniagaan.
Anyways, tahniah Aiman dan semoga bisnes terus maju!
Sumber : Instagram Aiman Tino & Harian Metro
Post comments (0)