Kucing sudah menjadi binatang peliharaan yang sangat sinonim bagi rakyat Malaysia.
Pada 6 Januari 2021, penyanyi Black Hanifah telah berkongsi satu video di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Menurut caption:-
“Kucing ni jatuh dari tingkat 1..kebetulan jatuh depan kami
Apa patut kita buat??? Tlg tgk sampai habis.. ? semoga kita sama2 perihatin dan ambil tahu..”
Black memberitahu bahawa beliau telah menemui seekor anak kucing yang terjatuh dari tingkat 1.
Prihatin akan keadaan itu, beliau membawa kucing tersebut ke sebuah klinik haiwan dan berusaha untuk menyelamatkannya.
Bagaimanapun, kucing tersebut tidak dapat diselamatkan, sedihnya!
Dalam pada itu, ramai netizen di ruangan komen yang turut bersedih dengan perkongsian tersebut dan memuji tindakan mulia yang dilakukan oleh Black.

Semoga kebaikan yang ditunjukkan oleh Black ini dapat diikuti oleh rakyat Malaysia yang lain.
Sumber: Instagram Black Hanifah
Post comments (0)