Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Ucapan Maulidur Rasul Buat Warganet Tersentuh, Ramai Doakan Dr Soo Wincci Dapat Hidayah Allah SWT

today29 October 2020

Background

Siapa yang tidak kenal dengan wanita yang serba boleh sebagai penyanyi, pelakon, pengacara dan model wanita terkenal, Dr Soo Wincci yang meraih empat ijazah dan satu PhD dalam masa 15 tahun?!

Malaysian singer Soo Wincci records with Latin Grammy-winning producer | The Star

Ternyata pencapaian Dr Soo Wincci membuktikan dirinya bukan calang-calang.

Terbaru, Dr Soo Wincci memuat naik hantaran di media sosialnya mengucapkan Salam Maulidur Rasul dengan kapsyen ringkas kepada semua umat islam yang menyambutnya.

“Salam Maulidur Rasul” tulisnya

 

View this post on Instagram

 

Salam Maulidur Rasul @islamicreliefmalaysia #maulidurrasul

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

Nampaknya hantaran itu menjadi perhatian warganet kerana rata-rata daripada mereka berbesar hati dan terharu dengan tindakan beliau itu.

Desak PM Letak Jawatan: Soo Wincci Sedia Terima Padah - MYNEWSHUB

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih pada beliau dan menganggap dirinya seorang rakyat Malaysia yang sejati.

“You are truly Malaysian”

Untuk pengetahuan anda, tahun ini merupakan tahun ke-9 Dr Soo Wincci berpuasa ketika di bulan Ramadhan. Malah, beliau juga tidak pernah terlepas puasa 6. Respect!

Dalam pada itu, ada segelintir warganet yang mendoakan supaya beliau mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Walaupun dirinya bukan beragama Islam, apa yang dilakukan olehnya sedikit sebanyak memberi dorongan kepada kita untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Terima kasih Dr Soo Wincci, jaga diri di Spain! Semoga segala urusan Dr dipermudahkan.

Kami di Hot FM juga ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua pendengar setia. Semoga setiap perkara yang dilakukan diberkati dan diredhai Allah SWT.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sukan

Tetap konsisten tanpa kejohanan

Kuala Lumpur: Jurulatih lompatan negara, Ahmad Firdaus Salim berpuas hati dengan prestasi atlet di bawah bimbingannya biarpun tiada sebarang pertandingan untuk menilai tahap kemampuan atlet ketika ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today28 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *