Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Ujian Akhir Tahun 2020, Kedai Lan Solo Kena Rompak!

today18 December 2020

Background

Disaat kemelut pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, pastinya sumber kewangan semua orang terjejas.

Tetapi itu tidak membuatkan kita bebas untuk melakukan jenayah dengan alasan untuk menampung kehidupan.

Penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela, Lan Solo nampaknya sudah menjadi mangsa ketamakan manusia apabila kedai serbanekanya yang terletak di bandar Puchong telah dirompak pada 17 Disember lepas.

Menerusi posting di laman Instagram, Lan meminta bantuan sesiapa yang dapat memberi maklumat lanjut tentang kejadian untuk tampil bekerjasama dengan pihak polis.

Menurut rakaman litar kamera tertutup, seorang lelaki telah memaksa salah seorang pekerja kedai tersebut untuk menyerahkan wang kepadanya.

Ramai meninggalkan komen kata-kata semangat kepada Lan dan kemungkinan ini ujian buat penyanyi tersebut dalam mencari rezeki lebih.

Semoga Lan dan isteri tabah menghadapi ujian ini dan diharapkan suspek dapat ditangkap dengan segera.

Sumber foto: Instagram Lan Solo

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Viral Kembar 7G Tayang Nombor Plat Kereta Mewah, Netizen Minta Jangan Tunjuk ‘Kebodohan’

Mereka berdua yang dikenali sebagai Iera Tajudin dan Ieka Tajudin pernah mencetuskan perbalahan hangat di media sosial gara-gara tindakan mereka itu.Walaupun isu itu telah lama berlalu, namun ramai yang masih mempertikaikan kelakuan mereka di media sosial.Terbaru, kembar ini dilihat memuat naik sebuah foto yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bersama kereta mewah miliknya.

today18 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *