Sekitar tahun 2018 lalu pelakon Janna Nick ada menghadiahkan sebuah kereta mewah untuk ibunya yang tercinta.
Tahun ini pula, pelakon itu mengulangi semula detik bersejarah dengan menghadiahkan sebuah lagi kereta mewah yang lebih besar untuk ibunya.

Menurut Janna, kali ini kereta itu dipilih sendiri oleh ibunya kerana difahamkan sebelum ini Janna memilih kereta tersebut tanpa pengetahuan ibunya.
Disebabkan itu, ibunya tidak berapa berpuas hati dengan kenderaan tersebut.

Nak surprise bab benda mahal ni kadang-kadang kena juga bagitahu si penerima, risau juga bila dah beli sekali tak suka pula kan.
Foto yang dikongsikan oleh Janna itu juga mendapat perhatian ramai yang turut memberikan ucapan tahniah kepada anak-beranak ini.

Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat memuji kecantikan yang dimiliki oleh ibunya.
Semoga rezeki Janna dimurahkan selalu, mana tahu lepas ni ibunya dapat suprise lain iaitu menantu pula kan?
Sumber foto: Instagram Janna Nick