Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Ustaz Nasihat Jangan Pandang Kamera” Buka Rahsia, Da’i Syed Terkena Sihir Waktu Tengah Live

today20 April 2021

Background

Selalunya kalau kita sedang bercakap dengan seseorang, sudah semestinya kita memandang anak matanya atau jika bercakap di hadapan kamera kita akan memandang ke arah kamera.

Namun perkara tersebut turut mengundang bahaya buat sesetengah orang, antaranya pendakwah selebriti Da’i Syed.

Menerusi Instagram story yang dikongsikan olehnya, dalam diam rupa-rupanya beliau pernah terkena santau atau sihir yang dihantar melalui Live Instagram yang dilakukan olehnya.

“Ya, saya selalu tak pandang kamera, di IG Live juga begitu. Dua bulan lepas saya berubat, ustaz nasihat saya jangan selalu pandang kamera sebab mereka hantar sihir/santau melalui mata saya ketika Live IG.”

Ketika awal bulan Januari lalu, beliau telah melalui tempoh berkurung sewaktu terkena sihir.

Salah seorang gurunya iaitu Ulama Kedah, Tuan Guru Hj Wan Izuddin telah menziarahinya bagi mengubati penyakitnya itu.

Dalam masa yang sama, Syed turut mengakui bahawa beliau kini sedang dalam tempoh untuk pulih daripada sakit tersebut.

Bahayanya zaman sekarang ni, macam mana lah sampai boleh nak sihir orang melalui online!

Semoga kita semua dilindungi daripada perkara yang tidak diingini.

Sumber foto: Instagram Da’i Syed

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post