Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden baru-baru ini mencuri tumpuan ramai selepas videonya memanggil penyanyi nombor satu Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau Tok Ti sebagai ‘Mummy’ dimuat naik di laman Instagram.
Video tersebut juga jelas memaparkan Jebat sedang bercakap bersendirian di dalam kereta sambil dijaga oleh seorang individu.
Sejurus terlihat papan iklan wajah Tok Ti di bahu jalan, Jebat segera menghalakan jarinya dan memanggil ‘Mummy’
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat Jebat selain ada yang meneka wajah bakal isteri Sharnaaz mempunyai raut wajah yang sama seperti Tok Ti.



Sumber video: Instagram Sharnaaz Ahmad