Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Muka Ada Iras, Hafidz Roshdi Mahu Bersihkan Nama Daripada Fitnah

today20 March 2021

Background

Jika nama sudah dikenali ramai, tidak mustahil ada yang menyedari wajah seseorang selebriti itu mirip dengan seseorang yang lain.

Pada 20 Mac 2021, pelakon Hafidz Roshdi telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Hantaran itu menunjukkan video mengenai seseorang yang mempunyai wajah mirip dengannya.

Namun ‘seseorang’ itu mempunyai foto yang tidak sopan sehingga ada yang mengira ia foto pelakon tersebut.

Bagaimanapun Hafidz memuat naik perkongsian ini untuk membersihkan namanya kerana beliau bukanlah orang yang dilihat dalam foto itu.

Melalui caption, Hafidz juga sertakan potongan ayat Al-Quran tentang hal berkaitan fitnah.

Menjengah ke akaun Instagram pelakon tersebut, hantaran yang dimuat naik telah pun dipadam.

Apa pun, semoga para netizen tidak keliru dengan foto berkenaan kerana individu itu bukanlah Hafidz Roshdi.

 

Sumber: Instagram Hafidz Roshdi

Written by: Hasanah Yusof


Previous post