Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

[VIDEO] Lucu Lihat Gelagat Gigih Belajar Bahasa Belanda, Luqman Hakim Curi Perhatian Warganet

today19 October 2020

Background

Bintang bola sepak muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, yang kini bermain bersama kelab Belgium, KV Kortrijk, kembali mencuri perhatian warganet apabila videonya bersama keluarga angkatnya di Belgium baru-baru ini tular.

Melihat video itu, Luqman dilihat secara spontan sedang belajar menyebut nama makanan Belgium iaitu “BIEFSTUK MET PATATJES” ataupun stik lembu dengan kentang bersama keluarga angkatnya. Alahai comelnya!

https://www.instagram.com/p/CGWkkb0hnDi

“Keluarga angkat Luqman di Belgium telah mula mengajar sedikit bahasa Dutch kepada Luqman a.k.a Luqie”

Melihat kepada posting video yang dimuat naik di akaun rasmi peminat Malaysia KV Kortrijk, admin akaun itu memberitahu bahawa keluarga angkat Luqman sudah mula mengajar bahasa Belanda kepada Luqman.

Admin juga turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga angkat Luqman kerana mereka menjadi salah satu sebab Luqman boleh menyesuaikan diri dengan baik di negara mereka.

“Terima kasih banyak Arnout atas layanan mesra anda. Luqie menetap di sana dan pasti salah satu sebab utamanya adalah kerana anda dan seluruh keluarga anda. Keluarga yang lucu dan bahagia!”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata penyokong Luqman turut terhibur melihat dirinya cuba untuk menyebut nama hidangan itu.

Dalam pada itu, walaupun belum menunjukkan impak sebenar di atas padang bersama KV Kortrijk, perpindahan Luqman Hakim Shamsudin tampak berjaya melonjak populariti kelab itu sejak Ogos lalu.

Penyerang muda sensasi negara ini berlepas ke Belgium Ogos lalu selepas menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab berkenaan. 

All the best Luqman di tempat baru!

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

“Tragedi Oktober Betul” – Niat Nak Buat Surprise, Tapi Jadi Lain Bila Dua-Dua Kek Jatuh

Dalam video tersebut ia bermula dengan dua orang wanita yang dilihat sedang membawa dua buah kek hari jadi dengan berhati-hati di atas bekas kek sambil menyanyikan lagu Happy Birthday.Namun, apabila sampai berhampiran dengan meja makan, wanita yang berada di depan menoleh ke arah belakang sehingga menyebabkan dia terlanggar kerusi yang berada di depannya dan kek yang dibawa jatuh. Situasi yang paling menyedihkan ialah apabila belum sempat orang ramai habis menjerit […]

today19 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *