Setiap orang pasti ada cerita zaman childhood yang tidak akan dapat dilupakan.
Begitu juga dengan pelakon, pelawak dan penyampai radio terkenal Shuib yang juga mempunyai kenangan semasa kecil.
Terbaharu, isteri Shuib yang juga penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin memuat naik satu video di laman Instagram miliknya, pulang ke kampung bersama Shuib dan keluarga mertua.
View this post on Instagram
“Kesayangan Dunia Akhirat. Walau tinggi mana dia melangkah dia tidak pernah lupa dari mana asal usul @shuibsepahtu #balikkampung” tulis Sarah
Melihat di dalam video berkenaan, Sarah sempat menceritakan tentang zaman masa kecil Shuib di mana beliau selalu bermain di bawah rumah kampungnya itu.
Walaupun sudah berjaya, Sarah mengatakan bahawa Shuib tidak pernah lupa asal usul dirinya.
Lihat sahaja gelagat Shuib yang dilihat santai terbaring dan lena tidur di kampungnya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut sama memuji sikap rendah diri Shuib dan berkongsi pengalaman masa kecil mereka di kampung.

Rindu pulak nak balik kampung!
Sumber : Instagram Siti Sarah
Post comments (0)