Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“We Did It Cinta” Luah Rasa Syukur, Mawar Rashid Berjanji Akan Pegang Amanah Sebaik-Baiknya

today9 January 2021

Background

Umum sedia tahu bahawa pelakon berwajah manis, iaitu Mawar Rashid yang juga isteri kepada Raf Yaakob, adik  kepada chef selebriti terkenal iaitu Fazley Yaakob, telah pun selamat melahirkan bayi perempuannya pada tanggal 2 Januari 2021.

Tarikh yang sangat cantik, nama yang diberi juga sangat unik iaitu Raden Seri Rosabella Cinta.

Terbaharu, selepas beberapa hari melahirkan cahaya mata, Mawar memuat naik satu hantaran di laman Instagram meluahkan rasa syukur atas nikmat melahirkan yang diberi oleh Allah SWT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Foto yang di muat naik itu ditulis dengan kapsyen ;

“Alhamdulillah Syukur Allah berikan nikmat lahirkan anak buat kali ke-2.. nikmat kesakitan yang bnyk menginsafkan Mawar.. Pengorbanan bersalin ni buat Mawar sedar, dalam hidup kita, untuk kita mendapat sesuatu yg kita betul2 nak, kita kene berkorban dulu.. bukan senang2 nak dapat apa yg kita nak.. Dan masa nak lahirkan tu, Mawar hanya serah kepada Allah, dan minta pertolongan Allah moga Mawar selamat lahirkan baby Cinta..”

Bukan semua orang diberi peluang atau pun dapat merasa melahirkan zuriat sendiri.

Bersyukur atas apa yang diberi kepadanya, Mawar berkata, beliau akan memegang amanah yang diberikan kepadanya sebaik mungkin dan akan cuba mendidik anaknya untuk menjadi hamba yang dicintai Allah SWT.

“We did it Cinta mommy.. kita sama2 bertarung nyawa.. Mommy pegang amanah sbgai seorang ibu, mommy akan sentiasa doakan Cinta & cuba didik Cinta & anak2 mommy yg lain utk jadi hamba yg dicintai Allah S.W.T. terima kasih mudahkan mommy.. Alhamdulillah Ya Allah ? Macam x percaya dah ada 2 orang anak.. @rossabellacinta @mawarrashid2”

Alhamdulillah, tahniah diucapkan dari kami di Hot FM.

Semoga Mawar dan baby berada dalam keadaan sihat dan baik.

 

Sumber : Instagram Mawar Rashid

Written by: Fieyna Azman


Previous post

BeFunky-collage – 2021-01-09T104103.968

Sosial

Penunggang Motosikal ‘Ditumbuk’ Polis Trafik Dilaporkan Miliki 58 Saman Lampau

Sejak semalam tular perkongsian video menunjukkan seorang anggota polis trafik dipercayai menumbuk seorang penunggang motosikal di dalam satu sekatan jalan raya. Kejadian berkenaan difahamkan berlaku di laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan pada Jumaat antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi. Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian daripada kejadian tersebut bukanlah apa yang berlaku seperti dirakam di dalam video, namun apa yang tidak ditunjukkan dalam... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today9 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *