Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Welcome Back Mr. President” PKP 2.0, Aeril Zafrel Kembali Ceriakan Pengguna TikTok

today13 January 2021

Background

Walaupun dirinya seorang pelakon dan usahawan, namun Aeril Zafrel turut dikenali sebagai ‘Mr. President’ di aplikasi TikTok.

@aerilzafrel8♬ TUM HI HO – Aditya Roy Kapur & Shraddha Kapoor

Sempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Aeril mengambil keputusan untuk kembali menceriakan pengguna di aplikasi TikTok yang mula terkenal ketika PKP awal tahun 2020 yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Ketika itu, Aeril sering memuat naik video sebagai hiburan untuk pengikutnya dalam menghabiskan masa sepanjang tempoh PKP.

Selepas tempoh PKP tamat, Aeril dilihat sudah jarang memuat naik video kerana lebih fokus untuk menguruskan perniagaanya bersama dengan isteri, iaitu Wawa Zainal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

 

Namun kini Aeril sudah kembali bersama dengan video baharunya sehingga membuatkan ramai peminat tertunggu-tunggu untuk koleksi video PKP Aeril.

Ruangan komen posting di laman Instagram miliknya menerima sambutan hangat daripada peminat yang merindui video daripadanya.

Nampaknya lepas ni asyik muka Aeril je la dekat TikTok nanti ya!

Dalam perkembangan lain, Aeril kini sedang mempromosikan drama lakonannya bersama dengan Hannah Delisha yang berjudul Tercipta Satu Ikatan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

Baca juga artikel sebelum ini:

“Review Gone Wrong” Tiru Gaya Caprice, Aksi Lucu Aeril Zafrel Mencuit Hati Warganet

 Bagi Tazkirah Pada Kucing Tengah Mengawan, Netizen Terhibur Tengok Aeril Zafrel

Sumber foto dan video: Instagram Aeril Zafrel

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (53)

Sosial

Demi Cinta Sejati, Lelaki Ini Sanggup Bina Taj Mahal Mini Buat Arwah Isteri

Seutuh binaan bangunan Taj Mahal yang masih megah terbina di bandar Agra, India sehingga hari ini, begitulah juga lambang kekuatan kuasa cinta Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz yang tidak akan pernah terpadam. Untuk pengetahuan anda, Taj Mahal ini telah dibangunkan oleh Mughal Emperor Shah Jahan untuk dijadikan sebuah makam yang agam dan monumen cinta sejati buat isterinya. Kini ia merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Bukan sahaja Shah... Klik […]

today13 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *