Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Ya Allah, Lindungi Anakku” Doa Aaron Aziz Mengiringi Anaknya Buat Netizen Sebak

today13 October 2020

Background

Pada 12 Oktober, pelakon Aaron Aziz telah menghantar anaknya Danish Anaqi yang berusia 16 tahun ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ‘terbang’ ke Jepun.

Menurut pelakon yang popular menerusi filem Ombak Rindu itu, Danish berangkat ke Jepun bagi mengambil kursus pra diploma di sebuah sekolah selama tiga tahun.

Aaron turut memuat naik video mengucapkan selamat tinggal kepada Danish di laman Instagram miliknya.

Apa yang menarik perhatian adalah doa Aaron yang mengiringi anaknya yang ketika itu sedang melambai tangan terhadapnya dan keluarga yang lain.

https://www.instagram.com/p/CGNHG1ghNet/

“Ya Allah, lindungilah anakku dan semua pelajar-pelajar. Permudahkanlah semua urusan mereka. Berilah mereka ketenangan dalam pelajaran dan juga agama. Keliligilah mereka dengan kasih sayang dan orang-orang yang baik. Peliharalah mereka daripada kezaliman manusia, malapetaka, bencana, penyakit, wabak dan juga gangguan syaitan dan jin.”

Dalam posting yang lain, Aaron turut melahirkan rasa rindu terhadap anaknya selepas menghantarnya ke lapangan terbang.

https://www.instagram.com/p/CGPi6Hih1rg/

“Baru lah saya tahu betapa peritnya rasa bila anak keluar rumah demi pelajaran. Semoga ALLAH pelihara anak-anak kami Dunia akhirat. Love you n miss you Abg my only Son,” tulisnya

Apa-apa pun, selamat maju jaya Hot FM ucapkan kepada Danish, semoga dapat membawa pulang sebuah kejayaan dan berbakti kepada kedua orang tua di kemudian hari..

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Ozil tolak lamaran Al-Nassr | Harian Metro

London: Arsenal dilapor menolak bidaan £5 juta (RM27 juta) daripada Al-Nassr untuk mendapatkan khidmat Mesut Ozil. Pemain tengah bergaji £350,000 (RM1.89 juta) seminggu itu tidak beraksi bersama skuad Mikel Arteta sejak 7 Mac lalu. Menurut Tyc Sports, kelab Arab Saudi itu mahu menandatangani Ozil dengan kontrak dua tahun. Tetapi Ozil menegaskan dia tidak bersedia menerima tawaran Al-Nassr. Dia enggan berpindah ke Asia walaupun 'dibekukan' oleh Arsenal. Kelab utara London itu […]

today12 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *