Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Yusry Halim ‘Throwback’ Tiket Konsert Tahun 1995, Ramai Imbas Kenangan Bersama KRU

today25 November 2020

Background

Nama kumpulan trio adik beradik terkenal, iaitu KRU sudah tidak asing lagi di hati rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, setiap kali mereka anjurkan konsert pasti tiket akan terjual dengan cepat dan habis!

KRU | Discography | Discogs

Walaupun tiket berharga beratus ringgit, pasti ‘laku keras’ seperti pisang goreng panas. Dasyat betul penangan KRU masa zaman mereka dahulu.

Terbaharu, salah seorang penyanyi kumpulan berkenaan iaitu Yusry Abd Halim memuat naik gambar tiket konsert mereka pada tahun 1995 di laman sosial Instagramnya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

Fuh menggamit memori betul apabila melihat tiket yang di muat naik oleh Yusry.

Melihat di kapsyen yang ditulis oleh beliau, Yusry sempat bertanyakan kepada peminat dimanakah mereka berada semasa tarikh 25 Ogos 1995?

“Someone posted this. Rare betul… Where were you on the 25th of August 1995?” tulis Yusry di IG

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet membalas hantaran itu dengan pelbagai komen lucu termasuklah mereka yang turut berada di konsert itu.

Bukan itu sahaja, rakan artis juga dilihat turut sama memberi komen mengenai lagu mereka yang sangat popular suatu ketika dahulu.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sukan

Zhafri impi KL kembali digeruni

Kuala Lumpur: Penampilan untuk tahun keenam bersama Kuala Lumpur pada musim depan buat Zhafri Yahya, pasti mahu dilihat dari sudut berbeza buat pemain berusia 26 tahun itu yang mahu mencipta lebih banyak sejarah gemilang bersama skuad warga kota. Penampilan semula di Liga Super selepas pernah merasainya selama dua musim pada 2018 dan 2019, menjadi azimat terbaik buat Zhafri dan rakan-rakan yang berharap Kuala Lumpur lebih bersedia memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan […]

today25 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *