Hot FM

Yusry Halim ‘Throwback’ Tiket Konsert Tahun 1995, Ramai Imbas Kenangan Bersama KRU

Nama kumpulan trio adik beradik terkenal, iaitu KRU sudah tidak asing lagi di hati rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, setiap kali mereka anjurkan konsert pasti tiket akan terjual dengan cepat dan habis!

KRU | Discography | Discogs

Walaupun tiket berharga beratus ringgit, pasti ‘laku keras’ seperti pisang goreng panas. Dasyat betul penangan KRU masa zaman mereka dahulu.

Terbaharu, salah seorang penyanyi kumpulan berkenaan iaitu Yusry Abd Halim memuat naik gambar tiket konsert mereka pada tahun 1995 di laman sosial Instagramnya!

Fuh menggamit memori betul apabila melihat tiket yang di muat naik oleh Yusry.

Melihat di kapsyen yang ditulis oleh beliau, Yusry sempat bertanyakan kepada peminat dimanakah mereka berada semasa tarikh 25 Ogos 1995?

“Someone posted this. Rare betul… Where were you on the 25th of August 1995?” tulis Yusry di IG

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet membalas hantaran itu dengan pelbagai komen lucu termasuklah mereka yang turut berada di konsert itu.

Bukan itu sahaja, rakan artis juga dilihat turut sama memberi komen mengenai lagu mereka yang sangat popular suatu ketika dahulu.

Exit mobile version