Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Zizan Razak ‘Cemburu’ Dengan Kemesraan Dipamerkan Janna Nick Dan Teman Lelaki

today26 October 2020

Background

Percintaan pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick dengan teman lelaki, Dini Azan Schatzmann bukanlah satu rahsia dalam industri hiburan tanah air.

Mereka secara terbuka kerap berkongsi foto-foto dan video-video yang sweet untuk tatapan peminat.

Terbaharu, Janna telah memuat naik satu video pendek di Instagramnya yang memaparkan dia bersama dengan Dini di sebuah pusat peranginan.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian para peminat yang rata-rata mengharapkan hubungan mereka akan sampai ke alam perkahwinan.

Tidak ketinggalan, pelawak terkenal tanah air iaitu Zizan Razak turut meninggalkan komen:-

Buat masa ini, Zizan tidak digosipkan dengan mana-mana wanita.

Mungkin juga pelawak tersebut ada perancangan lain, atau juga ada buah hati yang masih dirahsiakan.

Apa pun, soal jodoh adalah satu rahsia yang kita tidak dapat jangkakan.

Kami di Hot FM mendoakan semoga hubungan Janna Nick dan Dini akan berakhir dengan perkahwinan.

Manakala untuk Zizan, kami doakan semoga urusan Zizan bertemu suri hati dipermudahkan!

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

Sambutan Hari Lahir Bertukar Jadi ‘Sesi Cincang Kek’, Gara-Gara Lelaki Ini Melatah

Mereka berdua yang meraikan hari jadi sepatutnya kena potong kek, tetapi ada yang mengacau pasang mercun dan akibat terkejut dengar bunyi letupan itu, terus dua orang lelaki itu melatah tak berhenti. Maka, daripada kejadian itu lah terciptanya nama 'sesi cincang kek'. Disebabkan kek dah lumat kena cincang, mereka semua terpaksa makan kek menggunakan sudu. Aduhai lawak betul!Video itu telah mendapat lebih 100,000 tontonan di TikTok dan komen terhibur daripada warganet.Antara komen... […]

today26 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *