Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Zizan Razak Tuju Lagu Buat ‘GF’ Janna Nick Sebagai Balasan Video Berpegangan Tangan

today7 December 2020

Background

Pelakon Janna Nick sebelum ini diajukan soalan jika dia sudah putus hubungan dengan kekasih iaitu Dini Azan Schatzmann.

Janna kemudiannya memuat naik satu video ringkas di Instagram miliknya pada 6 Disember 2020 menunjukkan sepasang tangan yang berpegangan erat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Melalui perkongsian tersebut, dapat diteka bahawa hubungan Janna dan Dini masih lagi utuh walaupun tidak dinyatakan milik siapakah tangan yang ditunjukkan dalam video tersebut.

Bagaimanapun pada tarikh yang sama, pelakon Zizan Razak telah memuat naik satu video di Instagram dengan memberi respon terhadap video yang dikongsikan Janna sebelum itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Dengan menggelarkan Janna Nick sebagai ‘gf’, Zizan menulis caption:-

“Selepas gf saya post pic berpegangan tangan tadi now saya balas balik dengan lagu ini. Harap menusuk kalbu beliau lah. @jannanick”

Bagaimanapun, ramai yang mengetahui bahawa Zizan sekadar berjenaka dengan perkongsiannya itu.

Apapun semoga Zizan juga suatu hari nanti akan berkongsi berita tentang teman wanitanya pula.

Untuk Janna dan Dini, kami di Hot FM mendoakan semoga hubungan mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan!

 

Baca artikel berkaitan: Muat Naik Foto ‘Seksi’, Janna Nick Dah Putus Dengan Kekasih?

Sumber: Instagram Zizan Razak dan Janna Nick

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

BeFunky-collage-4

Sosial

Risau Jadi Trend Panjat ‘Roundabout Elmina’, Netizen Berang Dengan Sikap Geng Basikal

Ketika ini, aktiviti berbasikal boleh dikatakan sudah menjadi trend dan ramai mula membeli basikal demi memulakan hobi ini. Tidak kira tua atau muda, ramai yang mengikuti trend ini untuk gaya hidup sihat dan mungkin hanya sekadar mahu mencuba. Akan tetapi, ada sahaja berita yang tidak enak didengar berkaitan dengan kumpulan berbasikal ini. Sebelum ini, tular ada individu yang mahu ‘flex’ bergambar bersama basikal di atas pokok di Perak dan terbaharu […]

today7 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *