Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Ada Title Tunjuk Sikap Baik, Kalau Rasa Diri Jahat Guna Gelaran ‘Buaya'”- Caprice Ulas Isu Da’i Syed

today25 November 2020

Background

Tak dinafikan sekarang ini ramai yang sedang menanti apakah kisah lanjut berkenaan isu rogol yang telah dikaitkan dengan seorang pendakwah muda, iaitu Da’i Syed.

Selepas bapanya mengeluarkan kenyataan kurang 24 jam berita itu tular, kini penyanyi Caprice pula tampil dengan nasihat dan pandangan peribadinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Sebelum ini, Caprice sering memberi kata nasihat serta pendapat mengenai apa sahaja isu yang sedang hangat terjadi.

“Ini pendapat secara general, tak kisah la PU ke DA’I ke orang biasa ke memang takkan lari daripada kesilapan. Tapi bila kita ada title PU ke DA’I ke, YB ke, kena la pegang sifat-sifat yang terlibat pada title tersebut.”

Menurut Caprice sebagai seorang yang dikenali dan mempunyai gelaran terhormat sebegitu, mereka sepatutnya menunjukkan sikap yang baik dan bukannya menyalahgunakan gelaran atau pangkat yang dimiliki.

Baginya, sikap ‘jahat’ atau nakal dalam diri seseorang itu tidak sepatutnya diselindung disebalik gelaran yang baik.

Dalam masa yang sama, penyanyi lagu Takde Hal Bro itu sempat memberi pesanan kepada para gadis di luar sana supaya jangan mudah terperdaya untuk mengikut mana-mana lelaki pulang ke rumah.

“Pada gadis di luar sana kalau ada lelaki ajak makan sate pukul 12 malam, jangan pergi. Jawab balik dekat dia ‘maaf bang, pukul 12 macam ni sesuai buat solat taubat.’ “

Ada betulnya juga apa yang Caprice katakan tu, para gadis jangan suka-suka ikut lelaki yang kita tak kenal keluar tengah-tengah malam okay, tak kisah la dia ajak makan sate atau makan cendol sekali pun!

Baca juga artikel sebelum ini:

Dituduh Bawa Balik Gadis, Netizen ‘Spill Tea’ Da’i Syed Pernah…

[TERKINI] Dituduh Merogol, Da’i Syed Tampil Membuat Laporan Polis

“Saya Serahkan Urusan Teguran Ini Kepada Allah S.W.T”-Bapa Da’i Syed Minta Mangsa Tampil Buat Laporan Polis

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Budak 6 Tahun Beli Cincin Emas Untuk Ibu

Daripada posting tersebut kelihatan Afiq memegang duit berpuluh-puluh kepil RM5 yang diterimanya semasa hari jadinya yang lalu.Dengan hasil duit tabung itu, Afiq membuat keputusan untuk menghadiahkan ibunya sebentuk cincin emas sebagai tanda menghargainya.Menerusi screenshot perbualan WhatsApp, suami wanita berkenaan telah memberitahu tentang hasrat anak mereka yang ingin membeli cincin emas tersebut.Tambahnya, bajet mereka adalah RM300 dan anaknya telah memilih sebentuk cincin emas... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today25 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *