Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Aksi Santai Makan Bersila Tuanku Dan Permasuri Curi Perhatian, Sifat Merendah Diri Dikagumi Ramai!

today13 November 2020

Background

Dikenali dengan sifat yang merendah diri dan berjiwa rakyat, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini mencuri perhatian ramai lagi apabila menikmati santapan patin tempoyak secara duduk bersila.

Menerusi laman sosial Instagram, pihak Istana Negara berkongsi sebuah video dan beberapa keping foto Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri sedang bersantap untuk tatapan umum.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkesempatan singgah dan menikmati santapan tengah hari patin tempoyak di restoran Selera Patin Bangau selepas berangkat ke Pusat Inkubator Kraf Temerloh,” 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Menerusi video itu, Tuanku sempat mengusik pengunjung dan pegawai pengiring sebelum bersantap.

“Saya duduk bersila, tak kan awak semua duduk atas kerusi,” titah Tuanku sambil ketawa.

Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet yang terhibur dengan aksi Tuanku dan Permaisuri, malah mengagumi dengan sikap merendah diri mereka.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

BeFunky-collage – 2020-11-13T101205.397

Sosial

Tersesat Dari Selangor Ke Perak, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Bapanya Diselamatkan ‘Good Malaysian’

Nota: Perkongsian kali ini menceritakan bagaimana ayah kepada Encik Ee-Van Lim berjaya diselamatkan oleh sepasukan pekerja stesen minyak Petronas dan ‘good people of Ipoh’ baru-baru ini selepas tersesat daripada Selangor ke Perak. Perkongsian ini asalnya ditulis dalam bahasa Inggeris dan telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia untuk dikongsikan bersama pembaca dengan kebenaran daripada sumber asal. Hantaran ini dibuat sebagai penghargaan... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *