Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Alami Alahan Makanan, Wajah Ramona Zamzam Bengkak Teruk

today2 February 2021

Background

Pelakon jelita Ros Ramona Qadira binti Mohd Zamzam atau lebih dikenali sebagai Ramona Zamzam baru-baru ini mengejutkan ramai orang apabila memuat naik foto wajah dirinya yang bengkak seakan disengat tebuan.

Mendedahkan perkara sebenar, Ramona sebenarnya mengalami alahan kepada makanan, tetapi beliau tidak pasti makanan apakah yang membuat dirinya mengalami alahan sebegitu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ramona Zamzam (@ramonazamzam)

Menulis di kapsyen foto tersebut:

“Help! Siapa yg biasa ada food allergy reaction please share with me you guys punya experience ???
Actually Ramona dah perasan 2 hari lepas mcm dah ada bintik bintat (more like kena gigit nyamuk). Ada 2-3 biji je & tak gatal sgt so i ignored. Pastu smlm it got worse, dari bentuk gigit nyamuk and then it became like a world map (ada satu yg kecik punya on my neck in the photo).”

Pada mulanya, wajahnya hanya ditumbuhi dengan bintik-bintik seperti digigit nyamuk, akan tetapi selepas 2 hari wajahnya semakin teruk sehingga menyebabkan mata dan bibirnya pula bengkak.

“Smlm the whole night susah gila nak tido sbb rasa gatal, and i tried my very best utk tak garu! And today i woke up dgn mata senget sebelah, my lips went all full thick that made me look like my lip job went wrong ? Peta dunia penuh satu badan, imagine kene gigit nyamuk but big patches everywhere on my body. Tapi kat muka dia jadi bengkak mcm dlm gambar ni, like kena tumbuk.”

Boleh bayang sakit dan gatal tu macam mana!

Dalam pada itu, Ramona turut memohon sesiapa yang pernah mengalami keadaan seperti ini untuk bantu dirinya, beri tip perkara yang patut dilakukan.

“Everywhere is so itchy it makes me so angry sbb tak tahan GATAL GILA siapa ada experience mcm ni tolg share dgn Ramona what did u eat? Korang garu ke tak? Kalau tak tahan korg buat apa? What kind of food that i need to avoid? Kalau bukan food what could it be?”

Semoga cepat sembuh Ramona!

 

Sumber: Instagram Ramona Zamzam

Baca artikel berkaitan: “Jangan Nak Try Ramona Pulak,” Amaran Netizen Buat Remy Ishak

Written by: Fieyna Azman


Previous post

BeFunky-collage (9)

Sosial

Kenali Lebih Dekat Suku Kaum Bajau Laut, Kelompok Manusia Yang Tidak Mempunyai Negara

Beberapa hari yang lalu, tular dengar khabar berita mengenai Ustaz Ebit Liew yang mengislamkan seramai 157 orang suku kaum Bajau Laut yang hidup di persisiran pantai di Sabah. Namun, orang ramai mempersoalkan dan masih tidak mengenali siapakah suku kaum Bajau Laut ini? Untuk pengetahuan anda, Bajau Laut ini sering dipanggil ‘gipsi laut’. Uniknya, mereka ini merupakan satu-satunya suku kaum di rantau ini yang tidak mempunyai taraf mana-mana warganegara atau orang […]

today2 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *