Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bakal Berlangsung ABPBH Ke-33, Para Selebriti Dah Bersedia Di Axiata Arena Bukit Jalil

today13 November 2020

Background

Kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-33 semakin dirasai di Axiata Arena, Bukit Jalil apabila beberapa selebriti tempatan sudah bersedia di sana bagi membuat persiapan terakhir.

Kelihatan pelakon Nora Danish memuat naik beberapa foto dan Instastory di akaun Instagram miliknya memperlihatkan selebriti lain termasuk Kaka Azraff, Dato AC Mizal, Liza Abdullah dan ramai lagi yang sudah bersedia di sana.

Malam ini, ABPBH ke-33 bakal dikendalikan oleh Dato’ AC Mizal bersama dengan pelakon Nabila Huda, sementara itu sesi karpet merah pula bakal dikendalikan oleh penyanyi Sissy Iman dan Sean Lee.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ✌️OfficiallyDATO AC MIzal IG™️ (@emyliadac)

Salah satu persembahan yang akan diadakan pada malam ini antaranya ialah daripada Faizal Tahir, Elly Mazlein dan Zizi Kirana menerusi lagu Empat Dara 2020.

Lagu tersebut baru sahaja dilancarkan pada 11 November lalu dan kini sudah berjaya ditonton sebanyak 1 juta kali di akaun YouTube Faizal Tahir.

Acara ABPBH telah diluluskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan syarat ketat antaranya mematuhi prosedur prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Penonton dapat menyaksikan anugerah berprestij ini menerusi siaran di TV3 pada 13 November bermula jam 9 malam di rumah masing-masing kerana kali ini ABPBH ke-33 telah membuat kelainan yang mana tiada penonton serta kelab peminat yang akan berada di sana kecuali krew bertugas dan selebriti yang terlibat sahaja.

Sesi raptai penuh juga telah dilakukan pada 12 November lalu dan pihak penganjur turut berharap supaya semuanya akan berjalan dengan lancar seperi yang telah dirancang.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Rashford, Coady kempunan aksi England

London: England terpaksa melupakan khidmat penyerang Manchester United, Marcus Rashford dan pertahanan Wolves, Conor Coady dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Belgium dan Iceland. Rashford masih lagi bergelut dengan kecederaan bahu dialami ketika menewaskan Everton minggu lalu manakala Coady menjalani kuarantin selepas mempunyai kontak dengan seseorang yang dijangkiti koronavirus. Pertahanan tengah itu dua kali diuji negatif tetapi bakal diketepikan daripada skuad Gareth Southgate... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *