Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Bakal Bersalin Tidak Lama Lagi, Scha Al-Yahya Dedah Kandungan Kedua ‘Berbeza’ Dari Lara Alana

today10 February 2021

Background

Tidak sabar menantikan kehadiran cahaya matanya yang kedua, pelakon, pengacara dan model terkenal, Scha Al-Yahya baru-baru ini berkongsikan foto maternity hitam putih beliau yang dilihat sangat cantik di laman Instagram miliknya.

Terserlah keterujaan bakal mommy ini apabila turut menulis kapsyen panjang yang mendedahkan bahawa kandungan kedua kali ini berbeza dari yang pertama, iaitu Lara Alana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

“InshaAllah baby will pop anytime harapnya..

I honestly thought having it all done before, I’d feel so much prepared for my second pregnancy. To say it was different than my first one is an understatement. Scha tak expect the fatigue to hit me so hard and fast where I just want to fade away. Kena severe heartburn and acid reflux that I have to deal on daily basis which turn me into a potato couch up until today . Unlike my first pregnancy, it was pretty easy cuma first trimester je challenging. Baby pulak sihat, terbesar pulak dalam perut ni ?

No two pregnancies are alike but heyy they’re both amazing in their own ways!

Doakan yang terbaik untuk saya & family and InshaAllah we will share the news with all of you soon.

#SchawalJR”

Menurut Scha, beliau berasa lebih bersedia dengan kehamilan kedua ini walaupun tidak menjangkakan keletihan ‘luar biasa’ akan membelenggu dirinya dan apa yang mahu dilakukan beliau hanyalah berehat.

Scha Maternity Photo

Pelakon berkenaan turut mendedahkan bahawa sepanjang kehamilan beliau, dia mengalami pedih ulu hati dan refluks asid hampir setiap hari berbeza dari kandungan pertamanya.

Mengulas lanjut, Scha memaklumkan bahawa bayinya kini berada dalam sihat dan tidak sabar untuk menantikan kehadirannya!

Sama-sama kita doakan agar kandungan Scha selamat dilahirkan dan segalanya dipermudahkan.

Tak sabar nak tengok Scha Awal Junior!

 

Sumber : Instagram Scha Al-Yahya

 

Baca artikel berkaitan : “Sekarang Baru Tahu Perasaan Naik Ambulans,” Scha Alyahya Dikejarkan Ke Hospital?

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sukan

Stadium Shah Alam dah lama ‘sakit’

Kuala Lumpur: Kerosakan yang berlaku di Stadium Shah Alam bukan hanya membabitkan masalah bumbung, malah sistem pendawaian dan lampu. Berikutan itu, stadium keramat skuad Merah Kuning sejak tahun 1994 yang juga adalah aset kerajaan negeri itu sedang melalui proses pembaikan sepenuhnya. Oleh itu, Selangor FC terpaksa memilih Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai gelanggang rasmi pasukan untuk tempoh dua hingga tiga tahun mulai musim ini. Jelas Ketua Pegawai Eksekutif […]

today9 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *