Connect with us

Yang Hangat

Bakal Nikah Lepas Aidilfitri, Uqasha Senrose Serahkan Urusan Kahwin Pada Kamal Adli

Semoga dipermudahkan!

Published

on

Umum kini sudah mengetahui bahawa pelakon Kamal Adli sudah melamar Uqasha Senrose dan itu menunjukkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

 

Menurut akhbar Kosmo, Kamal ada memaklumkan bahawa mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri tahun 2021 ini.

Namun tarikh tepat majlis pernikahan itu masih belum didedahkan oleh Kamal kerana perkara itu masih lagi dibincangkan oleh keluarga kedua-dua pihak.

“Sebenarnya, saya tidak berani nak cakap lebih-lebih sebab keluarga masing-masing sedang uruskan hal ini.”

Kamal turut meminta supaya peminat dapat mendoakan semoga urusan mereka dalam mendirikan rumah tangga berjalan dengan sempurna.

Selaku pihak perempuan, Uqasha turut mengakui bahawa dia tidak mahu bercakap banyak mengenai persiapan majlis kerana mahu serahkan urusan itu kepada pihak Kamal sendiri.

Tambah Uqasha lagi, segala persiapan daripada segi tarikh dan sebagainya akan mereka uruskan sendiri tanpa memberitahu kepada umum untuk mengelak daripada menjadi buah mulut masyarakat.

Apa pun, kita tunggu sahaja berita baik daripada pasangan ini dan semoga urusan mereka dipermudahkan.

Sumber foto: Instagram Kamal Adli dan Uqasha Senrose

Baca juga artikel sebelum ini:

Gementar Sampai Terbalik Kotak Cincin, Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di