Susulan peningkatan kes Covid-19 meningkat secara mendadak, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semalam di mana kerajaan sebulat suara melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malam, 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini.
Perkara itu sekali gus membuatkan kesemua bakal pengantin juga terjejas disebabkan keputusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memutuskan bahawa semua majlis akad nikah yang dijadual di adakan di masjid dan surau negeri, ditangguhkan berkuatkuasa 14 Oktober 2020 sehingga diberitahu kelak.
Akan tetapi jangan bimbang atau khuatir, Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata JAIS membenarkan majlis akad nikah dilangsungkan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
Menurut beliau, akad nikah boleh dilakukan di PAID tetapi perlu mendapat kelulusan khas Pengarah JAIS dan kehadiran fizikal tidak melebihi tiga orang.
“Pelaksanaan majlis akad nikah dengan kehadiran fizikal tidak melebihi tiga orang dibenarkan di PAID tetapi perlu mendapat kelulusan khas Pengarah JAIS,”
Keputusan JAIS itu merujuk kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor mulai 14 Oktober sehingga 27 Oktober yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sementara itu, SOP pelaksanaan PKPB juga melibatkan larangan pergerakan keluar masuk atau merentas daerah, polis juga akan menguat kuasa sekatan jalan raya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Oktober ini.
Berita lanjut menyusul.
Sumber dari BH Online.
Post comments (0)