Kembali menceriakan hari anda, Hot FM kini “Lebih Hangat Daripada Biasa” kerana sepanjang minggu ini, anda akan ditemani oleh Deen dan Haziq yang sebelum ini mengendalikan segmen petang (Jam Hot).
Lebih menggamatkan suasana adalah apabila pelakon cantik manis dan serba boleh, Riena Diana juga akan turut sama ke udara secara langsung bersama-sama dengan Deen dan Haziq sepanjang minggu ini mulai 1 Februari 2021 dari pukul 6 hingga 10 pagi!
View this post on Instagram
Baru hari pertama menjadi penyampai radio di Hot FM, Riena dilihat seakan sudah biasa dan bersahaja apabila ke udara bersama Jam Hot.
Meninjau komen-komen pendengar, rata-ratanya suka dengan gaya penyampaian Riena dan memberikan respon-respon yang positif.

Wow, bukan beshe-beshe lah Lailerrr ni!
Untuk rekod, sebelum ini segmen Geng Pagi Hot dikendalikan oleh Shuk, Shuib dan Fizie, minggu ini kami tampilkan kelainan special untuk pendengar setia Hot FM.
Agak-agaknya siapa pula akan ke udara di Hot FM selepas ini ya? Nantikan.
Teruskan bersama dengan Hot FM, Lebih Hangat Daripada Biasa!
Baca artikel berkaitan : Terus Beri Kelainan, Hot FM Kini Tampil Dengan Suara Baharu Setiap Pagi
Post comments (0)