Persekutuan Bola Sepak Portugal mengesahkan bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo positif COVID-19 pada 14 Oktober 2020.
Pemenang lima kali Ballon d’Or itu kini dilepaskan daripada pasukan kebangsaan berkenaan.
Dia juga akan terlepas saingan berdepan Sweden awal pagi 15 Oktober ini.
Menurut laporan sebuah portal sukan online, bintang berusia 35 tahun itu tidak mengalami simpton dan kini menjalani kuarantin sendiri untuk proses pemulihan.
Bagaimanapun, ujian saringan COVID-19 yang dijalankan ke atas pemain lain setakat ini menunjukkan keputusan negatif.
Sumber daripada: Berita Harian
Post comments (0)