Pelakon Nora Danish pada 9 Mei 2021 mengumumkan dirinya telah disahkan dijangkiti COVID-19.
Ia setelah beliau membuat swab test kerana menjadi kontak rapat dan tergolong dalam kategori C, biarpun dirinya tidak mengalami sebarang gejala.
Pada hari yang sama, Nora memberitahu tentang keputusan ujian untuk ahli keluarganya pula.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan: Makin Membimbangkan, Tiz Zaqyah Dan Nora Danish Disahkan Positif COVID-19
Beliau berkongsi kepada umum bahawa anak-anak dan suaminya tidak dijangkiti COVID-19.
“Alhamdullilah, syukur ya Allah
kerana melindungi anak anak ku, dan suami ku Ya Rahman Ya Rahim ?Keputusan Covid-19 suami saya Mohamed Nedim & anak anak saya Putra Rayqal & Mohamed Neqayl adalah negative. ??
Terima kasih pada mereka yg mendoakan ❤️??”
Bersyukur dengan perkara tersebut, Nora mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan keluarganya.
Berita baik ini mendapat reaksi rakan-rakan selebriti beliau.

Alhamdulillah!
Semoga Nora menjalani tempoh kuarantin sebaiknya dan cepat sihat seperti sediakala.
Sumber: Instagram Nora Danish