Baru-baru ini pelakon terkenal, Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Binti Supandi menggemparkan ramai orang termasuk pengikutnya apabila dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Perkara itu didedahkan oleh beliau di laman sosial Instagram miliknya @sweetqismina.
View this post on Instagram
Foto yang dimuat naik di laman sosial itu turut memberitahu bahawa beliau sudah boleh discharge ataupun keluar dari hospital pada 4 Februari 2021.
Walaubagaimanapun, punca kemasukkannya ke hospital berkenaan tidak dapat diketahui setakat ini.
Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikutnya turut sama mendoakan kesihatannya.
Kami di Hot FM mendoakan semoga Sweet cepat sembuh. Amin!
Sumber : Instagram Sweet Qismina
Baca artikel berkaitan: Sweet Qismina Tegur Cara Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku Teks
Post comments (0)