Sebelum ini kita pernah mendengar berita tentang bekas suami jutawan kosmetik, Dato’ Seri Vida (DSV) iaitu Mohd Amin Yasin telah menfailkan tuntutan hadhanah keatas kedua-dua anaknya itu.

Disebabkan perkara itu, pada 3 Disember lepas DSV dan kedua-dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak telah bertolak ke Kota Bharu, Kelantan bagi menyelesaikan perkara tersebut.
Mereka perlu menghadirkan diri ke Mahkamah Syariah Kelantan bagi perbicaraan hak penjagaan anak pada 4 Disember.
View this post on Instagram
Menerusi video yang dikongsikan oleh DSV itu, jelas menunjukkan di raut wajahnya rasa kebimbangan atas keputusan yang bakal dibuat oleh pihak mahkamah.
“Waktu ini la bapak Cik B nak tuntut hak jaga, nak tengok, nak bermalam la itu ini dengan diorng berdua. Saya dengan sibuknya, kalau boleh taknak ingat apa yang dah berlaku dulu, diorang pun dah taknak ingat benda buruk. Hari ini pula nak kena ke Mahkamah Kelantan untuk tuntut hak jagaan atas Cik B dan Kacak.”
Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada DSV supaya terus tabah menghadapi ujian ini.

Dalam masa yang sama, kelihatan Cik B seperti tidak rela untuk berjauhan dengan DSV tetapi tetap kuatkan diri demi ibu yang tersayang.
Semoga masalah mereka ini menemui jalan penyelesaian.
Baca juga artikel sebelumnya:
“Saya Masih Terkejut Dan Keliru”- Dato Seri Vida Mohon Diberi Ruang Isu Tuntutan Hadhanah Bekas Suami
Sumber video dan foto: Instagram DSV dan Cik B
Post comments (0)