Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Ini Pilihan Kami,” Bercerai Secara Mengejut, Ini Jawapan Zarina Anjoulie

today27 January 2021

Background

Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja pelakon Zarina Anjoulie mengesahkan bahawa beliau kini sudah bercerai dengan suaminya iaitu Eilyas Azhar pada 27 Januari.

Sekitar Majlis Persandingan Zarina Anjoulie Di Kampung

Sehingga kini, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju masih belum lagi memberi sebarang penjelasan berkenaan penceraiannya yang mengejutkan itu.

Namun, menerusi posting di Instagram story miliknya, Anju memberitahu bahawa beliau telah membuat kesilapan apabila berkahwin disebabkan tekanan daripada orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

“Honestly tak ada benda teruk jadi pun. Aku rasa aku kahwin terlampau cepat sebab orang pressure. Sekarang pun ramai orang kahwin cepat sebab kena pressure. Dengan PU pun suruh aku kahwin jugak!”

“We just not in the same page anymore. Itu semua atas pilihan sendiri. Mungkin ini yang terbaik untuk Anju. Anju nak fokus pada family dan anak Anju, so nak gunakan masa yang ada ni untuk diorang.”

Dalam masa yang sama, pelakon filem Anak Pontianak itu turut berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh para peminat dan rakan terdekatnya.

Tetapi terdapat satu lagi perkara yang mengejutkan iaitu pakaian yang dikenakan oleh Anju menerusi posting terbaharunya.

Anju kelihatan memakai singlet dan menyarungkan sweatshirt separuh bagi menutup bahagian dadanya.

Disebabkan foto tersebut, ramai turut terkejut dengan perubahan yang sangat mendadak tersebut.

Apa pun, kita doakan sahaja yang terbaik untuk Anju agar terus kuat untuk meneruskan kehidupan bersama dengan anak tunggalnya iaitu Awangku Gabriel Martin Ezra

Baca juga artikel sebelum ini:

Tak Sampai Setahun Kahwin, Zarina Anjoulie Sahkan Sudah Bercerai

Sumber foto dan video: Instagram Zarina Anjoulie

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (66)

Sosial

‘Doktor’ Berpendapat Dybbuk Box Yang Dibeli PrinceMeed Sebenarnya Hanya Kotak Buatan Sendiri

Beberapa minggu yang lalu tularnya kisah PrinceMeed, seorang YouTubers yang terkenal dengan sajian video kandungan mengenai teori konspirasi Illuminati diganggu oleh entiti misteri di rumahnya dipercayai disebabkan kotak misteri dybbuk yang beliau beli di eBay pada September 2019. Tambah menyeramkan, punca gangguan misteri itu berlaku pada awalnya adalah disebabkan PrinceMeed unboxing (nyah kotak) Dybbuk Box di dalam rumahnya sehingga menyebabkan rumahnya diganggu oleh entiti misteri.... Klik sini untuk baca artikel […]

today27 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *