Mula menempa populariti selepas tular di media sosial dengan kepakaran menyunting video seperti Zach King, kini Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Bin Abdullah sudah semakin dikenali di kalangan rakyat Malaysia terutamanya anak muda.
Mana tidaknya, setiap video yang dihasilkan pasti mind-blown dan menarik perhatian ramai!
Memang tidak dinafikan, bakat yang dimiliki Sofyank dan sikapnya yang merendah diri membuatkan ramai yang menyukai hasil kerja dan personaliti dirinya.
Mengikuti perkembangan terbaharu Sofyank, beliau dilihat sentiasa sibuk menjalani penggambaran sehingga tidak cukup rehat.
Shooting untuk hari ni, mata belum rehat lagi dari semalam sebab siapkan video collaboration dengan @aimansalim_ pagi ni turun jam 7 pagi untuk shooting dan mungkin tamat jam 6 petang.. harap semuanya berjalan lancar.. doakan kami ❤️ pic.twitter.com/rqeVlwn6Ql
— sofyank96 (@sofyank96) March 27, 2021
Nampaknya ramai pengikut di Twitter yang risau dengan keadaan beliau sehingga memintanya untuk berehat dan berharap segala urusannya dipermudahkan.
Fuhh untuk mereka yang bekerja di dalam produksi, penggambaran selama 1 hari itu dikira perkara biasa, tetapi jika terlalu penat ambillah masa untuk berehat seketika. Badan kita pun ada tahap kemampuannya.
Sumber : Twitter Sofyank