Untuk tahun 2019, Malaysia menyaksikan lagu ciptaan Naim Daniel & Omar K, Sumpah, menjadi juara untuk Anugerah Juara Lagu ke-34.

Bagaimana pula dengan Anugerah Juara Lagu ke-35 dengan norma baharu?
Untuk tahun 2020, mungkin berbeza sedikit perjalanannya kerana Muzik-Muzik Separuh Akhir ke-35 (SFMM35) kali ini akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut tanpa kehadiran penonton dan mengikut garis panduan prosedur operasi standard (SOP) bermula pada hari Jumaat hingga Ahad 20, 21 dan 22 November 2020.
SFMM35 kali ini juga masih lagi dihoskan oleh pengacara yang sama, iaitu Haziq Hussni dan Sherry Alhadad.
Ia akan mula bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Menjawab kepada teka-teki mengenai lagu-lagu yang bakal mara ke SFMM35 dan seterusnya berentap sehingga ke AJL-35, ini 30 buah lagu yang telah disenarai pendek untuk ke peringkat Separuh Akhir :



Bukan main sengit ya persaingan antara mereka yang tercalon. Happy tak tengok penyanyi favorite korang tersenarai?
Sementara itu, bertanya kepada hos SFMM35 iaitu Haziq yang juga penyampai radio Hot FM mengenai ramalan beliau tentang pencalonan kali ini, Haziq berkata persaingan untuk Separuh Akhir kali ini terlalu sengit sehingga susah untuk beliau memberi tekaan.
“Haziq tak boleh nak predict sebab semua yang bertanding semua hebat-hebat dan sangat sengit. Tak boleh nak predict macam tahun-tahun lepas. 30 yang tercalon, 30 tu semua favorite!”

Sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal mara ke Anugerah Juara Lagu ke -35!
Post comments (0)