Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

PKP 2.0: JAWI & JAIS Keluarkan SOP Majlis Akad Nikah

today13 January 2021

Background

Susulan pengumuman lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu sekaligus mempengaruhi bakal pengantin yang bakal bernikah pada tarikh berkenaan.

SOP Majlis Akad Nikah Sepanjang Tempoh PKPP – SONGKET DUNIA

Perintah yang membabitkan tiga peringkat pelaksanaan adalah seperti berikut :

PKP

Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKP Bersyarat (PKP-B)

Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

PKP Pemulihan (PKP-P)

Perlis dan Sarawak.

Oleh itu, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan garis panduan ataupun SOP majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) :

SOP Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI)

1. Pelaksanaan Majlis Akad Nikah dalam tempoh PKP dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan dijalankan di JAWI Kuala Lumpur, Cawangan Putrajaya dan Cawangan Labuan sahaja

2. Pihak yang terlibat hendaklah membuat janji temu dengan JAWI Kuala Lumpur, Cawangan Putrajaya dan Cawangan Labuan terlebih dahulu bagi mendapatkan tarikh dan waktu akad nikah.

3. Semua Kebenaran Berkahwin yang telah diberikan kepada pengantin yang ingin berkahwin dari luar Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah ditangguhkan berkuatkuasa serta merta.

4. Semua permohonan Kebenaran Berkahwin dari luar Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah ditangguhkan berkuatkuasa serta merta.

Baca selanjutnya di sini :

 

Malaysiakini - Pendakwah bebas pertikai nikah online, memadai hantar wakil

Gambar sekadar hiasan

SOP Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

1. Pelaksanaan majlis akad nikah adalah secara virtual ataupun sidang video sahaja sepanjang tempoh PKP.

2. Majlis akad nikah hanya dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dan tarikh temu janji daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

3. Pelaksanaan majlis akad nikah akan dilakukan oleh Pendaftar yang akan berada di PAID, manakala pengantin, wali dan 2 orang saksi berada di rumah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi atau pun Facebook JAWI & JAIS.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

sriwijaya_air_boeing_737_which_dissappeared

Sosial

Tipu Isteri Ke Pontianak Naik Pesawat Sriwajaya Air, Lelaki Ini Rupanya Ke Bali Dengan ‘Skandal’

Indonesia kini sedang berkabung dengan tragedi jatuhnya pesawat Sriwijaya Air SJ 182 pada hari Sabtu, 9 Januari lalu. Difahamkan, semua 62 orang yang terdiri daripada 50 penumpang dan 12 orang kru tewas. Namun, disebalik musibah yang menimpa, ada kisah lucu dan wajar di ambil pengajaran kepada mereka yang sudah berumah tangga. Memetik laporan berita Padang Kita, seorang lelaki yang diberi nama sebagai bos besar telah mengaku kepada isterinya bahawa dia... […]

today13 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *