Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Prince Mateen Dedahkan Penyakit Yang Dihidapi Kekanda, Prince Azim Sebelum Mangkat

today28 October 2020

Background

Pada 24 Oktober yang lalu, rakyat negara jiran, Brunei telah dikejutkan dengan berita duka daripada pihak istana negara itu yang memaklumkan kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Punca kemangkatan putera tersebut, yang juga putera kedua Sultan Brunei dan Hajah Mariam itu menjadi pertanyaan ramai sebelum ini.

Persoalan tersebut akhirnya terjawab pada 27 Oktober, apabila adindanya iaitu Pengiran Muda Abdul Mateen telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya dengan mendedahkan penyakit yang dihidapi Pengiran Muda Haji Abdul Azim sebelum mangkat.

Menurut hantaran berkenaan, pada awal tahun ini Almarhum telah disahkan menghidap sejenis penyakit autoimun dikenali sebagai systemic vasculitisΒ yang teruk.

Ia adalah penyakit di mana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri.

Dalam masa yang sama, Almarhum juga bertarung dengan gangguan bipolar yang mana menyukarkan lagi keadaan.

Pengiran Muda Abdul Mateen yang turut dikenali sebagai Prince Mateen merakamkan ucapan terima kasih kepada semua atas uzapan takziah, dan doa yang dipanjatkan buat Almarhum dan kerabat diraja Brunei.

Berita kemangkatan Almarhum telah mendapat perhatian bukan hanya di Brunei malah di Malaysia kerana keakraban hubungan antara kedua-dua negara.

Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim telah dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di International School Brunei, Raffles Institution, dan Oxford Brookes University, United Kingdom.

Hot FM mendoakan semoga roh Almarhum tergolong bersama para hamba yang diredhai. Al-Fatihah..

 

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Sumber daripada: Instagram tmski

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Coleman terlepas aksi Olimpik | Harian Metro

Paris: Juara dunia acara pecut, Christian Coleman hampir pasti terlepas saingan Olimpik Tokyo tahun depan selepas digantung selama dua tahun atas kesalahan anti doping, umum Unit Integriti Olahraga (AIU). Atlet Amerika, yang memenangi 100 meter lelaki di Kejuaraan Dunia Doha tahun lalu, terdahulu digantung selama tiga tahun pada Jun. Tribunal Disiplin Olahraga Dunia yang bersidang mengekalkan pertuduhan ke atas Coleman namun mengurangkan hukumannya kepada selama dua tahun berkuat kuasa pada... […]

today28 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *