Connect with us

Onz

“Saya Dah Tunang,” Sharifah Sakinah Umum Bakal Nikah 28 Mei

Akhirnya, Sharifah Sakinah bakal mendirikan rumahtangga buat kali kedua dan sudah mempunyai tarikh..

Published

on

Teka-teki tentang perhubungan antara pelakon Sharifah Sakinah dan jejaka dari Sweden Michael Hansen akhirnya terjawab apabila Sakinah memberikan kenyataannya menerusi sebuah portal hiburan online.

“Ya saya sudah bertunang, masa bulan 12, 2020 dibuat secara sederhana sahaja dengan keluarga. Beli cincin habis cerita,”

Sakinah memberitahu, mereka turut merancang untuk bernikah pada 28 Mei, namun perlu melihat keadaan semasa terutamanya dengan wabak COVID-19 yang menular ketika ini.

“Keluarga saya nak ke sana (Sweden) pula tak dibenarkan. Kesian laa nanti. Boleh nikah sekarang tapi saya tidak mahu buat secara virtual,”

Ujar pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu lagi, buat masa ini dia dan juga Hansen ada membuat perancangan untuk membuat majlis pernikahan mereka sekitar pertengahan tahun ini.

“Anak dia (anak kepada Hansen) ada cuti summer break (cuti musim panas) dan kami akan cuba, tapi tidak pasti lagi,” ujarnya.

Ditanya tentang harapan terhadap hubungannya dengan Hansen, Sakinah memberitahu bahawa ini kali pertama dia menjalinkan hubungan cinta jarak jauh dengan seseorang.

“Cuma saya berharap kami boleh bersama sebab orang lain kahwin duduk serumah, tapi kami tidak (berjauhan). Sedihlah sikit,” katanya.

Untuk rekod, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama Afif Adha selama dua tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan sebelum mereka berpisah pada Mei tahun lalu.

 

Sumber dari: Kosmo!

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di