Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Sekali Lafaz Sah Jadi Suami Isteri, Intan Ladyana & Harris Alif Pilih Honeymoon Di Rumah

today5 February 2021

Background

Alhamdulillah pada tanggal 5 Februari, pasangan pelakon dan penyanyi, Intan Ladyana serta Harris Alif kini sudah sah menjadi suami isteri.

Pasangan ini telah dinikahkan di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur pada jam 10 pagi tadi dengan sekali lafaz sahaja serta Harris telah menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian kepada Intan.

Kisah cinta antara Intan dan Harris menjadi tular di seluruh media kerana jarak usia mereka yang agak jauh iaitu 17 tahun membuatkan ramai berasa teruja.

Seperti yang kita tahu, seluruh Malaysia kecuali Sarawak kini sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), majlis kahwin terpaksa diadakan di pejabat agama dan menurut Harris, SOP yang ditetapkan sama sahaja seperti biasa iaitu terdapat had tetamu untuk kedua-dua belah pihak.

“SOP masih sama, tak ada beza dengan orang lain. Rezeki kami dapat masuk tujuh orang wakil dari setiap keluarga. Mana yang kata artis dapat kelonggaran semua tu tak betul, masih sama dengan semua orang.”

Ketika ditanya berkenaan berbulan madu, pasangan ini akui bahawa mereka mempunyai perancangan tersendiri tetapi disebabkan PKP yang diadakan, semua itu terpaksa ditangguhkan dahulu pada masa yang akan datang.

Dalam masa yang sama, mereka turut berasa bersyukur walaupun majlis diadakan secara sederhana tetapi ia dipermudahkan.

“Intan pun ada je dream wedding sendiri tapi disebabkan keadaan sekarang ni, kita sedar diri dan cuba untuk adapt dengan apa yang tengah berlaku. Untuk tiga lagi majlis lain, kita akan tangguhkan dulu pada tarikh lain sampai pihak kerajaan benarkan baru kita proceed. Honeymoon tu pun kita tangguhkan dulu, tengok la macam mana nanti honeymoon dekat-dekat je. Lagi senang honeymoon dekat rumah je, baru #StayAtHome.”

Seperti pasangan suami isteri yang baru berkahwin, Intan dan Harris menyerahkan soal rezeki cahaya mata kepada Yang Maha Esa dan Intan turut akui beliau akan tetap dengan kerjayanya sebagai pelakon walaupun sudah berumah tangga.

Lebih menarik lagi, ketika ditanya tentang kerjaya nyanyian, Intan tidak menafikan sekiranya ada pihak yang sudi memberi peluang kepadanya dan Harris untuk berduet, ia dianggap sebagai rezeki bagi mereka.

“Inshaa Allah kalau diberi kesempatan untuk saya menyanyi dengan dia, mana la tahu ada pihak yang nak beri saya peluang menyanyi dengan Harris. Kena tunggu je lah.”

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Intan dan Harris atas mahligai yang dibina ini, semog perkahwinan kalian diberkati oleh Yang Maha Esa.

Baca juga artikel sebelum ini:

Umum Nikah Pada Februari, Harris Alif Dan Intan Ladyana Terima Tajaan Sebanyak RM13.5 Juta

Cepatkan Tarikh Pernikahan, Intan Ladyana Dan Harris Alif Disatukan Lebih Awal

Sumber foto: Instagram dan Sony Music Malaysia

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Didakwa Pernah Jual Adik Kepada ‘Bapa Ayam’, Kakak Saman Mariah Carey RM5 Juta

Sosial

Didakwa Pernah Jual Adik Kepada ‘Bapa Ayam’, Kakak Saman Mariah Carey RM5 Juta

Isu & Kontroversi Penyanyi, Mariah Carey, berdepan saman bernilai hampir RM5 juta daripada kakak sulungnya iaitu Alison Carey. Menerusi laporan The Guardian, Alison mendakwa adiknya itu telah memfitnah, memalukannya dengan dahsyat dan membuat pembohongan ketika menulis sebuah buku yang dikenali sebagai ‘The Meaning of  Mariah Carey’ pada tahun lalu. Menurut Alison, dia mengalami masalah tekanan emosi sebaik sahaja membaca pertuduhan yang tidak berasas tersebut. Tambahnya, dia berasa... Klik sini untuk […]

today5 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *