Pada 17 Julai 2020, pelakon Zarina Anjoulie selamat menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Eilyas Azhar.
Pernikahan secara sederhana itu telah diadakan di pejabat agama selain hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Namun, terbaharu Zarina Anjoulie memuat naik foto di laman Instagram miliknya memaklumkan bahawa dia sudah berpisah.

Perkongsian pelakon itu telah mengejutkan ramai orang termasuklah pengikut setianya yang meninggalkan komen pada hantarannya yang lain.
Ini susulan Zarina Anjoulie mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen pada posting berkenaan penceraian itu.
Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Anju, semoga pasangan ini dapat menyelesaikan masalah mereka dengan cara yang baik.
Sumber foto: Instagram Zarina Anjoulie
Post comments (0)