Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Tengok Apa Jadi Pada Alvin Chong”-Netizen ‘Muak’ Promote Drama Konon Cik B Dan Aniq Suhair Bercinta

today25 November 2020

Background

Mungkin ada yang sudah tahu tentang ‘kisah cinta’ antara Cik B dan juga pelakon Aniq Suhair yang kini sedang panas diperkatakan oleh netizen.

Hari demi hari, ada sahaja foto atau video yang dikongsikan oleh mereka sehingga membuatkan segelintir masyarakat sudah mula naik muak dengan ‘kisah cinta’ yang dibuat-buat ini.

https://twitter.com/momoncomel/status/1331180146003304451

Bagi netizen, ini semua hanya sekadar gimik semata-mata bagi melariskan drama lakonan mereka iaitu Lelaki Lingkungan Cinta yang kini sedang bersiaran di TV3.

Tidak mungkin Cik B akan bercinta buat masa sekarang memandangkan dia baru sahaja berusia 15 tahun dan merupakan pelajar sekolah yang masih di bawah umur.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menyifatkan bahawa isu ini sama sahaja terjadi pada kes penyanyi Alvin Chong dan Athalia Deena Buswani sebelum ini.

Akibat dikatakan kononnya sedang bercinta dengan Athalia, Alvin telah kerugian puluhan ribu selepas namanya digugurakan daripada menerima tawaran daripada sebuah syarikat aplikasi terkenal.

Hubungan Hanya Sekadar Rakan Biasa, Alvin Tak Bercinta Dengan Gadis Bawah Umur | Hot FM

Netizen turut mempertikaikan mengapa ada yang bersetuju dengan ‘kisah cinta’ ini tetapi marah apabila ada isu kononnya Alvin Chong dan Athalia bercinta?

Bukan itu sahaja, ada juga yang mahu Cik B dan Aniq mengambil pengajaran atas apa yang sudah terjadi kepada Alvin Chong sebelum ini.

Nampaknya Aniq kena tunggu Cik B habis sekolah dulu la baru boleh sambung bercinta semula, hehe!

Baca artikel sebelum ini : “My Fav…” Muat Naik Foto ‘Boyfriend’, Netizen Ucap Tahniah Pada Cik B

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Dai-Syed

Sosial

Terkena Tempias Dakwaan Rogol Gadis, Bapa Da’i Syed Mahu Mangsa Tampil Buat Laporan Polis

Semalam, tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter mendakwa Da’i Syed telah membawa pulang dan merogol seorang gadis. Menurut pengguna Twitter itu juga, bukan sahaja kawan baiknya menjadi mangsa tetapi ramai gadis juga pernah menjadi mangsa. Hi. First of all i nak clear my name. Tweet ni i tweet semalam, still private kan twitter i. I baru je unprivate an hour ago sebab nak convince pedoq yg i ni […]

today25 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *