Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Teori Kononnya Neelofa Ada Narcissistic Personality Disorder (NPD), Ini Komen Tuan Badan Sendiri

today31 December 2020

Background

Semenjak 26 Disember lalu, nama Noor Neelofa dan PU Riz antara yang menjadi pencarian tertinggi di semua media sosial disebabkan masalah yang sedang melanda bakal pengantin ini.

Namun disebabkan satu kejadian yang tidak tahu puncanya, ada gosip mengatakan kononnya mereka sudah putus tunang.

Tetapi daripada pihak Neelofa, beliau tetap meminta peminat untuk terus mendoakan hubungan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Dalam masa yang sama ketika isu tersebut sedang hangat diperkatakan, muncul pula satu teori yang ditulis oleh seorang individu yang mengatakan kononnya Neelofa mempunyai penyakit Narcissistic Personality Disorder atau dalam bahasa mudahnya ialah tidak mahu orang lain lebih daripada dirinya dan cuba untuk mencari perhatian umum.

Teori tersebut telah dianggap sebagai teori ‘Mastika’ oleh sesetengah netizen yang beranggapan bahawa ia tidak logik sama sekali.

Disebabkan itu, pengacara terkenal tersebut telah memuat naik satu twit berkenaan isu itu.

Ramai netizen memberi pendapat bahawa Neelofa perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berkenaan kerana ia bagaikan satu fitnah besar buat dirinya.

Apa pun, kita doakan sahaja semoga hubungan Neelofa dan PU Riz baik-baik sahaja.

Sumber foto: Twitter dan Instagram Neelofa

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Rakan senegara halangan pertama | Harian Metro

Kuala Lumpur: Undian Yonex Terbuka Thailand dari 12 hingga 17 Januari ini nyata bukanlah sesuatu yang diharapkan oleh beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Apa tidaknya, seawal pusingan pertama lagi mereka terpaksa berdepan rakan senegara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong sekali gus terpaksa mengetepikan sentimen kenegaraan demi memastikan mereka dapat melangkah lebih jauh. Ia kejohanan pertama yang bakal disertai rata-rata barisan pemain negara selepas 10 bulan tidak beraksi... […]

today30 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *