Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Terima Kasih Shuib” 2 Tahun Terindah, Hari Terakhir Shuib Di Hot FM Ditangisi

today22 January 2021

Background

22 Januari 2021 menjadi tarikh keramat buat pelawak, usahawan dan penyampai radio, Shuib kerana ini merupakan hari terakhir beliau bersiaran secara langsung di konti Hot FM.

Selepas dua tahun berkhidmat di stesen radio ini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memutuskan untuk meninggalkan karier sebagai penyampai radio kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan yang sedang dijalankan.

Pada pagi 22 Januari 2021, suasana di konti Hot FM yang selalunya gamat dengan gelak ketawa bertukar menjadi suram dan sayu dengan perbualan terakhir Shuib bersama Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Shuk dan Fizie.

Berikut adalah sedikit sedutan video perbualan antara GPH dan ibu Shuib yang sempat dirakamkan sebelum pelawak berkenaan meninggalkan keluarga Hot FM :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM ?????? (@hotfm976)

“Walau apa pun yang dia buat, itu yang terbaik untuk dia”- Ibu Shuib

Demikian kata-kata ibu Shuib yang sentiasa menyokong apa sahaja keputusan yang dilakukan oleh pelawak berkenaan.

Memetik kata-kata Shuib yang terakhir :

“Terima kasih kepada keluarga Hot FM tidak kisah lah kecik ke besar, semua yang berada di office, terima kasih pendengar Hot FM kerana menghargai Shuib di sini”

Kami di Hot FM juga turut terkesan dan akan merindukan keletah ‘Shuib Dol’ yang tidak henti-henti menghiburkan.

Siti Sarah Dedah Kisah Di Sebalik Keputusan Drastik Shuib Tinggalkan Hot FM | Hot FM

Jom kita imbas kembali TOP 5 momen-momen terindah Shuib sepanjang berada di Hot FM :

1.#5HariMengenalimu : Shuib Menjadi Bomba

2. #PesananHot bersama Geng Pagi Hot : Norma Baharu

3. Shuib di Sidang Media KKM

4. #ApaYouBuatKalau : Shuib x Siti Sarah

5. Birthday Celebration for Shuib!

Terima kasih Shuib atas kenangan terindah ini. We will miss you Dol!

Semoga dilimpahi rezeki yang berkat, dilindungi Allah SWT dan terus maju jaya.

 

Baca artikel berkaitan : Siti Sarah Dedah Kisah Di Sebalik Keputusan Drastik Shuib Tinggalkan Hot FM

Written by: Fieyna Azman

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *