Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

[TERKINI] It’s A Girl! Scha Al-Yahya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

today12 February 2021

Background

Welcome SchaAwalJunior!

Alhamdulilah, momen yang ditunggu-tunggu oleh pelakon dan pengacara terkenal iaitu Scha Al-Yahya dan suaminya Awal Ashaari kini telah pun tiba, Scha telah disahkan selamat melahirkan cahaya mata perempuan kedua awal pagi, 12 Februari 2021.

Perkara itu disahkan oleh Scha dan Awal sendiri melalui Instagram rasmi milik mereka :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

Menulis di ruangan kapsyen :

“بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.

Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.

Kedua dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.

Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.

Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan Inshallah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak.

Stay safe, and welcome to the world Baby L.”

Menurut Ibunda Scha, Junaidah Hashim, beliau telah melahirkan anak keduanya secara melintang, namun bayinya disahkan selamat dan berada dalam keadaan yang baik.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan diri dan juga bayi perempuannya.

 

 

Berita lanjut menyusul.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *