Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Abang Jago Dah Sampai, Ustaz Ebit Lew Edarkan Sendiri Tab Kepada Pelajar Tak Kira Bangsa Dan Agama

today25 January 2021

Background

Tak perlu diperkenalkan lagi, Ustaz Ebit Lew sememangnya sudah terkenal dengan kerja amal jariah yang dilakukannya tak kira bangsa atau agama.

Jika sebelum ini Ustaz Ebit penah memberi sumbangan kepada pihak Zoo Negara, membantu mangsa banjir di negeri Pantai Timur, belikan basikal untuk rider Food Panda, kini beliau kembali memberi sebanyak 100 unit tab kepada pelajar sekolah yang tidak berkemampuan.

Ebit Lew Sumbang 200kg Daging Segar Kepada Zoo Negara

Inisiatif yang dilakukan oleh beliau ini bertujuan untuk memudahkan pelajar sekolah menjalani pembelajaran secara online ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menurut beliau, terdapat 100,000 permintaan yang telah diterima olehnya daripada mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli kelengkapan gadget tersebut untuk anak-anak mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Video yang dimuat naik oleh Ustaz Ebit menunjukkan beliau telah menyerahkan beberapa set tab kepada pelajar sekolah atas bantuan guru dan guru besar sekolah berkenaan.

Tidak kira bangsa atau agama, Ustaz Ebit tetap menyerahkan tab tersebut kepada pelajar yang layak.

Tindakan beliau terus dipuji oleh ramai rakyat Malaysia dan berharap agar lebih ramai lagi pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Kita doakan supaya Ustaz Ebit Lew terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Sumber foto dan video: Instagram Ustaz Ebit Lew

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] “Mic Dia Terapung!” – Nyanyian Individu Ini Di Majlis Perkahwinan Buat Ramai Dekah

Menerusi video yang berdurasi 30 saat itu, kelihatan individu tersebut sedang menyanyikan sebuah lagu popular daripada penyanyi terkenal Indonesia iaitu Rossa bertajuk Hati Yang Kau Sakiti.Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila dia rupa-rupanya hanya miming lagu itu dan siap membuat aksinya yang dikatakan over.Dia yang pada awalnya hanya menyanyi seperti biasa di atas pelamin kemudiannya tiba-tiba melompat ke bawah dan beraksi di depan tetamu yang hadir. Apa yang... […]

today25 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *