Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

ABPBH 33: Pernah Bawa Watak Tiang, Pemuda Ini Terkejut Tersenarai Sebagai Calon Artis Baharu Popular

today14 November 2020

Background

Anugerah Bintang Popular Berita ke-33 semalam telah pun menyaksikan kemenangan berpihak kepada penyanyi berbakat besar iaitu Haqiem Rusli yang membawa pulang trofi serta sebuah kereta baharu tajaan sebuah syarikat permotoran.

Di sebalik kemeriahan anugerah tersebut, timbul pula satu kisah lucu di laman sosial Twitter mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya tersenarai di dalam pencalonan Artis Baharu Lelaki Popular tanpa pengetahuannya.

Ciapan itu dimuat naik oleh Wafiy Rosli dan ketika dihubungi pihak Hot FM, beliau mengakui terkejut dan tidak menyangka bahawa dirinya tercalon untuk kategori itu sedangkan dia bukanlah pelakon.

“Saya jadi extra 1 drama “Seram asrama” dlm 1 tahun HHAHHAHAHAHAH, itu pun jadi tiang je”

Wafiy turut menjelaskan bahawa dia hanya pernah menjadi pelakon tambahan kepada sebuah drama sahaja.

Dalam pada itu, ciapan Wafiy turut mendapat pelbagai reaksi lucu dari warganet. Siap dapat ucapan tahniah!

Sementara itu, apabila ditanya mengenai minatnya di dalam bidang lakonan, Wafiy berkata dia tidak menolak sekiranya ada pihak produksi mahu menawarkan dirinya menjadi seorang pelakon.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

[VIDEO] Tengah Syok Makan, Bini Test Cilok Kulit Ayam Tapi Lain Pula Yang Jadi. Lawak!

Tapi awas, silap hari bulan boleh buat gaduh hanya sebeb berebut kulit ayam. Memang tidak dapat dinafikan lagi, kulit ayam yang adalah bahagian yang paling digemari ramai. Nak-nak lagi kalau dimakan panas-panas dan rangup. Fuh nikmat betul! Tidak terkecuali dengan satu posting ini yang tular di laman aplikasi TikTok dimana seorang lelaki Indonesia telah memuat naik videonya dengan kapsyen 'kulit ayamku'.Dalam video tersebut, kelihatan dia sedang menikmati sepinggan nasi putih […]

today14 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *