Hot FM

ABPBH 33: Pernah Bawa Watak Tiang, Pemuda Ini Terkejut Tersenarai Sebagai Calon Artis Baharu Popular

Anugerah Bintang Popular Berita ke-33 semalam telah pun menyaksikan kemenangan berpihak kepada penyanyi berbakat besar iaitu Haqiem Rusli yang membawa pulang trofi serta sebuah kereta baharu tajaan sebuah syarikat permotoran.

Di sebalik kemeriahan anugerah tersebut, timbul pula satu kisah lucu di laman sosial Twitter mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya tersenarai di dalam pencalonan Artis Baharu Lelaki Popular tanpa pengetahuannya.

Ciapan itu dimuat naik oleh Wafiy Rosli dan ketika dihubungi pihak Hot FM, beliau mengakui terkejut dan tidak menyangka bahawa dirinya tercalon untuk kategori itu sedangkan dia bukanlah pelakon.

“Saya jadi extra 1 drama “Seram asrama” dlm 1 tahun HHAHHAHAHAHAH, itu pun jadi tiang je”

Wafiy turut menjelaskan bahawa dia hanya pernah menjadi pelakon tambahan kepada sebuah drama sahaja.

Dalam pada itu, ciapan Wafiy turut mendapat pelbagai reaksi lucu dari warganet. Siap dapat ucapan tahniah!

Sementara itu, apabila ditanya mengenai minatnya di dalam bidang lakonan, Wafiy berkata dia tidak menolak sekiranya ada pihak produksi mahu menawarkan dirinya menjadi seorang pelakon.

Exit mobile version