Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Ada Ikan Arapaima Sepanjang KLCC Dalam Tu,’- Kewujudan The Mines Baru Diketahui, Ramai Kongsikan Fakta Menarik

today16 October 2020

Background

Akibat terlalu banyak pusat membeli belah yang terdapat di Malaysia ini, sehingga ada yang tidak tahu bahawa terdapat sebuah pusat membeli belah yang mempunyai tasik di dalamnya.

Pusat membeli belah The Mines sering menjadi perhatian buat warga penduduk di Seri Kembangan kerana keunikan yang terdapat di dalam mall itu.

Namun ada seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Putri baru mengetahui tentang kewujudan pusat membeli belah tersebut

https://twitter.com/ptrnrzffh/status/1316662976984743938

Dia memuatnaik satu video pendek dari aplikasi Tik Tok berdurasi 17 minit dengan penuh rasa teruja kerana dia baru mengetahui tentang keindahan pusat membeli belah tersebut.

Rata-rate netizen mentertawakan gadis berkenaan kerana tidak tahu tentang pusat membeli belah berkenaan.

Nampaknya bukan Puteri sahaja yang tidak tahu, ada juga beberapa lagi turut berasa teruja melihat video tersebut.

Ada juga yang sempat berkongsikan fakta menarik tentang The Mines, antaranya terdapat ikan banyak ikan besar di dalam tasik kecil itu, waterpark di sebelahnya dan banyak lagi kerana dahulu ia merupakan tapak perlombongan bijih timah.

Terdapat perkongsian yang menarik perhatian iaitu mengenai ikan gergasi arapaima yang dikatakan terdapat di dalam tasik itu.

Tidak tahu sama ada sahih atau tidak tetapi menurut mereka memang ada ikan yang hidup di situ kerana dulu keadaan air masih lagi jernih sehingga boleh nampak ikan di dalamnya.

Menurut mereka, The Mines kini sudah tidak menarik seperti dulu selepas kehadiran banyak pusat membeli belah di sekitarnya.

Agak-agak ada tak yang tak tahu juga tentang kewujudan The Mines ini?

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

0-scaled

Sosial

Berdepan Kerugian Disebabkan COVID-19, MBO Cinemas Bakal Tutup Operasi?

Selain Golden Screen Cinemas dan TGV Cinemas, MBO Cinemas merupakan antara pawagam kegemaran ramai. Malah, MBO Cinemas adalah pawagam ketiga terbesar di Malaysia. MBO Cinemas memiliki 27 pawagam di seluruh negara kini berdepan dengan pelupusan secara sukarela susulan isu aliran tunai akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Mac lalu. Menurut laporan, lembaga pengarah MCAT Box Office Sdn Bhd meluluskan resolusi untuk meletakkan syarikat berkenaan bawah pelan... Klik sini untuk […]

today16 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *