Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Adik Ini Kuarantin Seorang Diri Di MAEPS, Ayah Pula Disahkan Meninggal Dunia Kerana COVID-19

today15 January 2021

Background

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dapat digambarkan buat adik ini yang juga salah seorang pesakit Covid-19.

Bukan sahaja disahkan positif Covid-19 dan jauh dengan keluarga kerana sedang kuarantin di Maeps Serdang, malah turut menerima perkhabaran menyedihkan apabila ayahnya disahkan telah meninggal dunia disebabkan virus berkenaan.

Perkara itu didedahkan oleh salah seorang pesakit Covid-19 di akaun TikTok @ayimmarley.

@ayimmarleyAllahu, adik ni baru sahaja kehilangan ayahnya disebabkan Covid19. Semoga adik ni Tabah dan kuat.Mari sama sama kita sedekahkan Alfatihah ##fypã‚· ##fyp♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Menulis di kapsyen :

“Allahu, adik ni baru sahaja kehilangan ayahnya disebabkan Covid19. Semoga adik ni Tabah dan kuat.Mari sama sama kita sedekahkan Alfatihah”

Inalillahwainnalilahirojiun. Tidak dapat dibayangkan kalau kita berada di dalam situasi adik ini. Sudah jatuh, ditimpa tangga lagi.

Apabila melihat di dalam video berkenaan, pesakit-pesakit lain yang berada di pusat kuarantin lelaki itu dilihat turut menemankan adik tersebut untuk mengutip sumbangan buat arwah bapa dan keluarganya.

Tersentuh apabila melihat pesakit-pesakit yang lain cuba memberi semangat kepada adik tersebut.

Ternyata semangat brotherhood mereka sangat kuat.

Semoga adik ini terus diberi kekuatan dan diberi kudrat untuk berbakti kepada keluarganya.

Sumber : TikTok @ayimmarley

Written by: Fieyna Azman


Previous post

960×0

Sosial

Kisah Anak Seorang Pemandu Teksi Jadi Jutawan Terbaharu Di Malaysia

Tan Eng Kee, ahli baharu kelab jutawan di Malaysia, yang kehilangan ayahnya pada umur 13 tahun tidak pernah membayangkan bahawa dia akan berada setaraf dengan jutawan yang lain. Dia yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Greatech Technology yang berpangkalan di Pulau Pinang menyaksikan sahamnya melonjak 330% pada tahun lalu, mendorong Tan menjadi ahli baharu kelab jutawan dengan nilai bersih lebih dari $1 bilion (RM4.04 bilion), lapor Forbes.

today15 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *