Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

ADUN Ketari, Young Syefura Sah Diarah Bayar Kompaun Kerana Ingkar PKPB

today17 November 2020

Background

Baru-baru ini telah tular mengenai isu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman yang dikatakan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) setelah menyambut hari jadi.

Susulan itu, beliau berkata dirinya bersedia untuk disiasat.

Pada 17 November 2020, menurut laporan BERNAMA, Young Syefura telah disahkan perlu membayar kompaun atas kesalahan ingkar PKPB tersebut.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang apabila tampil memohon maaf.

Katanya, siasatan polis baru selesai dan dikhabarkan bahawa beliau perlu membayar kompaun RM1,000 atas kesalahan itu.

Semoga perkara ini dapat diambil pengajaran oleh semua pihak.

Written by: Hasanah Yusof

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *