Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Aksi Berbahaya Kanak-kanak Ini Menunggang Motosikal Mengundang Kecaman Netizen

today9 November 2020

Background

Had kelayakan untuk memiliki lesen motosikal adalah paling awal setelah seseorang itu berusia 16 tahun.

Bagaimanapun, masih banyak kita lihat penunggang motosikal dalam kalangan remaja yang belum memiliki lesen ini, malah ada yang sudah mula menaiki motosikal ketika masih bersekolah rendah.

Pada 9 November 2020, pemilik akaun Twitter @AkeemSharyzal telah berkongsi satu video yang menarik perhatian ramai.

Video tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berbaju merah menunggang sebuah motosikal tanpa memakai topi keledar.

Berdasarkan susuk tubuh, dia dianggarkan masih lagi bersekolah rendah.

Malah kakinya masih belum cukup panjang apabila tidak dapat duduk di atas kusyen motosikal ketika berhenti di simpang jalan.

Lebih memeranjatkan, dia kemudiannya cuba untuk ‘pacak’ motosikal yang dinaikinya sedangkan tindakan itu cukup bahaya.

Tweet itu telah mendapat reaksi kurang senang netizen.

Melihat situasi dalam video tersebut, ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Pemantauan yang lebih ketat perlu dilakukan supaya keadaan ini tidak lagi terjadi kerana ia mengundang bahaya yang boleh melibatkan kemalangan nyawa.

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Petrol

Sosial

Bekalkan Sebotol Petrol Sepanjang Bekerja, Perkongsian ‘Runner’ Ini Buatkan Netizen Kagum

Tengah hari ni ada satu tempahan yang tercicir. Customer nak sambut sambutan ulang tahun hari lahir. Saya pun request menggunakan aplikasi runner. Datanglah hamba Allah ini selaku runner yang mahu menerima tempahan saya. Junaidi namanya. Saya tanya dia “Apa benda air merah dalam botol tu?” Dia cakap, “petrol bang.” Sumber: Facebook Wan Luqman “Banyaknya, maksudnya memang bawak bekal petrol?” tanya saya. “Lebih kurang la bang.... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today9 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *