Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Aku Naik Basikal Lepas Tangan Pun Rasa Hebat” Aksi Luar Biasa Erina Emelina Tular Semula Buat Netizen Teruja

today3 November 2020

Background

Kata orang kecil-kecil cili padi, walaupun kecil tetapi berisi!

Rasanya perumpamaan tersebut sangat sesuai dikaitkan dengan seorang wanita hebat ini yang telah bergelar juara memanah berkuda peringkat dunia!

https://twitter.com/JalalMisai_2/status/1322918011997622277

Video aksi gadis yang dikenali sebagai Erina Emelina Ismail ini mula tular semula selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter pada 1 November lalu.

Gadis hebat itu pernah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memanah Berkuda Kebangsaan buat jurung kalinya pada tahun 2014.

Difahamkan, Erina telah berkecimpung di dalam dunia sukan memanah berkuda sejak tahun 2012 yang lepas.

Perjalanan kisahnya sebagai atlet memanag berkuda wanita juga turut pernah didokumentasikan di dalam History Channel Asia.

Bukan itu sahaja, gadis berusia 30 tahun ini turut pernah memenangi pingat gangsa di acara World Martial Arts Mastership di Korea Selatan.

Menurutnya ketika ditemu bual oleh sebuah akhbar tempatan pada tahun 2016 yang lalu, dia akui tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pemanah berkuda kerana peluang yang ada itu datang secara tiba-tiba.

Dalam masa yang sama, dia hanya suka-suka sahaja dengan sukan ini dan secara tidak sengaja membuatkan dia jatuh cinta terhadap sukan yang menggabungkan dua jenis sukan ini iaitu memanah dan berkuda.

Rata-rata netizen teruja melihat aksi yang dilakukan oleh Erina di dalam video berkenaan dan memuji ketangkasannya itu dalam menyertai sukan sunah nabi itu.

Mereka berasa terpegun kerana gadis kecil sepertinya dapat melakukan aksi luar biasa sebegitu bagaikan seorang srikandi hebat.

Nampaknya kita boleh jadikan keberanian Erina ini sebagai satu inspirasi untuk terus menjadi wanita hebat di luar sana!

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Rashford gesa United bangkit | Harian Metro

London: Marcus Rashford kecewa dengan prestasi buruk Manchester United sejak kebelakangan ini tetapi yakin skuadnya akan kembali bangkit meraih kemenangan. United tewas 0-1 kepada Arsenal kelmarin dengan hanya meraih tujuh mata daripada enam aksi pertama Liga Perdana untuk menduduki tangga ke-15. Skuad Ole Gunnar Solskjaer hanya menang satu daripada lima aksi di tempat sendiri musim ini termasuk dibelasah 1-6 oleh Tottenham di Old Trafford. Walaupun United cemerlang dengan dua kemenangan... […]

today3 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *